- Details
- Hits: 3149
SINOPSIS
Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
2. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
3. Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
4. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
5. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies
SYARAT KEMASUKAN
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Commis
Bakers’
Pastry Cook
Usahawan